Friday, 8 July 2011

Beruntungnya Wanita

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia
bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7
hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik
darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan
cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia
bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari
sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh
sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir
saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan
beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut untuk
punya anak? marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu
dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi
dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala ekstra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disadari.
Bila dia lihat suaminya tengah terengah-engah di
titian Sirat dia tak mau masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh
bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri
asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala ekstra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi
dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan
syariat Allah agar tidak durhaka denganNya.


"Being happy requires looking for the good things. One person sees the beaut
iful view and the other sees the dirty window, choose what you see and what
you think."

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Silahkan Komentarnya Gan ^_^
Jangan SPAM Ya