Assalamualaikum,
Semoga bermanfaat
Kisah Teladan
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW beliau bersabda:
"Menguap itu dari Syaitan. Maka apabila seseorang di
antara kamu menguap, hendaklah ditahannya sedapat
mungkin. Sesungguhnya jika seseorang di antara kamu
mengatakan "ha" lantaran menguap, tertawalah syaitan."
[Bukhari]
Hadis dari Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada
Nabi s.a.w katanya: Seorang lelaki berkata: Aku akan
memberikan sedekah pada malam ini. Lalu dia keluar
membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan seorang
perempuan yang berzina yaitu pelacur. Keesokannya
orang banyak memperbincangkan mengenai perempuan
tersebut yang telah diberikan sedekah pada malam tadi.
Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala
puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada wanita
yang berzina. Aku akan bersedekah lagi, lalu dia
keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan
orang kaya. Keesokan harinya orang banyak
memperbincangkan mengenai seorang kaya yang telah
diberikan sedekah. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku!
Hanya buatMu segala puji-pujian. Sedekahku telah aku
berikan kepada seorang yang kaya. Aku akan bersedekah
lagi, lantas dia keluar dengan membawa sedekah dan
meletakkannya di tangan seorang pencuri. Esoknya orang
banyak mulai bercakap-cakap mengenai seorang pencuri
telah diberikan sedekah. Dia berkata: Wahai Tuhanku!
Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku
berikan kepada seorang perempuan zina, pada orang kaya
dan pada pencuri. Lalu dia didatangi seseorang dan
dikatakan kepadanya: Sedekahmu benar-benar telah
diterima. Boleh jadi perempuan zina itu berhenti dari
berzina kerana sedekahmu. Orang kaya itu pula dapat
mengambil pelajaran dan mau membelanjakan sebagian
dari harta yang telah dianugerahkan oleh Allah
kepadanya dan mungkin juga pencuri itu akan berhenti
dari mencuri karena sedekahmu itu. [Bukhari/Muslim]
Dalam sebuah hadits disebutkan, yang artinya :
Janganlah kamu malu bersedekah walaupun setengah
Biji korma yang dapat kamu sedekahkan.
Akhirnya ..... Marilah kita memperbanyak Sedekah
Meskipun sedikit namun ikhlas
0 comments:
Post a Comment
Silahkan Komentarnya Gan ^_^
Jangan SPAM Ya